Home

Wednesday 1 June 2016

Pengurusan Bahan Buangan Tahun 6


Mesin Ringkas Tahun 6


Mesin kompleks Tahun 6


Gerhana


Zikrullah

 Amalkan 33x selepas solat. InshaAllah moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki

Agen penyebaran biji benih (Sains Thn 5)

Agen penyebaran biji benih (Sains Thn 5)

Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk mengelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok.
Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui haiwan/serangga, air, angin dan mekanisme letupan.


a) agen penyebaran - haiwan/serangga
Biji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu:-
i. rasa yang sedap
ii. bau yang harum
iii. biji benih yang kecil dan keras
iv. mempunyai warna yang menarik
v. mempunyai cangkuk
Contoh biji benih ialah rambutan, betik, durian, manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.

                             

                             
 

  
b)agen penyebaran - air
Ciri-ciri biji benih ialah:-
i. mempunyai kulit yang kalis air
ii. boleh terapung di permukaan air
iii. kulit berlilin
iv. habitat tumbuhan berhampiran air
v.bersabut
vi. mempunyai rongga udara
Contoh ialah buah pong-pong, kelapa, teratai




                                 
c) agen penyebaran - angin
Ciri-ciri biji benih ialah:-
i. mempunyai kepak dan struktur seperti sayap
ii. ringan dan mudah diterbangkan oleh angin
iii.berbulu
Contoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang dan dendelion

                               


d)agen penyebaran - mekanisme letupan
Ciri-ciri biji benih:-
i. mempunyai kulit luar yang akan kering dan boleh merekah apabila matang
Contoh ialah keembong, getah, bendi, saga, jering dan lain-lain lagi


                   




Monday 13 May 2013

Masa itu Emas

Murid - muridku di SK Serom 6 sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahap 2 dan PBS bagi tahap 1. Harap - harap dorang ingatla apa yang aku ajar... Pasni nak menanda kertas ler pulak...


SKS6 MOST WANTED

Sks6 Most Wanted Slideshow: SKS6’s trip to Muar was created with TripAdvisor TripWow!

Sunday 12 May 2013

Mesin ringkas